Sunday, February 1, 2009

ini perjuanganku, ini perjuanganmu jua




31 Jan 2009



19:30 pm



suara kemanusiaan Palestin,in front of Amcorp Mall,PJ






menjejakkan kaki di padang tersebut terasa semangat agak luntur.hati cuba menaikkan semangat bahawa ini adalah untuk saudaraku di sana walaupun tidak ramai saudaraku di sini yang melibatkan diri.sebaik sampai kami berjemaah dan disambung dengan solat hajat.sebaik selesai solat sudah kedengaran tayangan video

"isu Palestin bukan hanya untuk rakyat tapi isu seluruh dunia.tanah yang dulu melahirkan banyak para anbiya kini menjadi tempat tumpahnya darah rakyatnya"


hati ini terdetik dan juga terkilan....kenapa bilangan yang datang memberi sokongan tidak ramai?sedangkan ia diadakan di tengah-tengah kota yang dikatakan agak ramai penduduk di Kuala Lumpur.atau adakah kerana mereka tidak tahu....






ketika panel mula dijemput dan juga ketika acara bermula aku mula terfikir berapa banyakkah yang aku tahu tentang Palestin,Al-Quds kerana seorang cikgu pernah berkata walaupun ia adalah mengenai multiracial condition di Malaysia namun ia terkesan di hati aku..."what do you think we should do to conserve our country multiracial society?" and then i said we should care for each other, then she gave me a question, "do you know what Thaipusam is for?" and for that i said no, then she hit me back by saying "if you say that we need to care for each other why doesn't you know this simple knowledge about them.when you said that you care that means you have to know about them"....memang time tu ayat tu sangat terkena kat diri dan rase malu jugak and from then i try to change...


kalau betul aku ambil berat aku patut tahu


dan malam ni jugak ade satu kejadian di mane aku agak sedar aku tidak lantang mane untuk bersuara mengenai ape yang aku rasekan betul dan jugak mengenai ape yang memang betul.
insyaAllah dari sini aku akan cuba ubah.terdapat pepatah arab yang berbunyi "berkatalah benar walau ianya pahit" .


aku akan mencuba


dalam perjalanan balik ade satu peristiwa yang bagi aku agak lucu dan juga agak menyentuh hati. selempang Palestin yang dibeli aku ikatkan di kepala dan aku menaiki ktm dengan keadaan tersebut. aku tak akan menyedari keadaan tersebut jika tidak diberitahu oleh seorang sahabat.ketika aku berdiri mencari tempat duduk terdapat penumpang yang terlopong mulutnya melihat aku, mungkin membayangkan terrorist...ade jugak yang terkejut dan melihat pelik.lucu....agak dirasakan. kecewa.....juga dirasakan.aku kecewa kerana kebanyakan mereka itu muslim tapi sebaik melihat ape yang aku lakukan reaksinya tak seperti diharapkan.mungkin tal elok aku berfikir sebegini. aku merasakan bahawa mereka sepatutnya malu kerana tidak turut ikut serta....tapi mungkin, mereka tidak tahu....






No comments:

Post a Comment