Saturday, October 10, 2009

once....

dengan namaNya aku menulis...
sebulan lebih sdh sejak prtama kali mjejakkan kaki kt sini. xde at- toriq...xde teman sefikrah
sedih...itu ape y aku rasekan
tp aku sntiasa trfikir...msti ad sebabnya Dia cmpakkan aku kt sini.tp masih aku sedih
aku tkut...tkut hilang, sesat, lupa kan semua y prnah drasai dan dlalui
aku takut makin jauh..jauh daripadaNya..aku lemah
tp bile trfikir balek...bkn kah aku nk jd umar...singa y garang dan berani
y hatinya hanya sayangkan Allah dan patuh pd rasulNya
hati ini amat brharap agar aku sntiasa dberi pringatan seandai aku lalai..dberi kkuaatan untuk menegkkan hakNya..aku amat berharap agar x makin jauh driNya...

tsabatkanlah hati ini dan tnjukkanlah aku jalan
aku perlukanMu
sungguh..

Sunday, September 27, 2009

here i am...

Salam,
entah kenapa sebulan dh blalu dan aku takut nak menulis kt blog ni.takut nk menulis dengan gaya y dahulu...aku bimbang aku dibawa arus kehidupan kt sini. kehidupan baru di kanada. kadang2 aku boleh terima dan kdg2 aku xleh trime tp alhamdulillah lg kalu ad y salah trjadi aku msih bley nmpak ksalahan tu dan aku tak tau knape tp aku bersyukur. skurgnye aku masih ade kesedaran kalu nmpak satu2 kesalahan tu. culture shock y aku hadapi skang ni rase2 nye bkn la dtg dr org2 kanada ni tp dr org2 muslim y dtg ke sini. aku xtau kenape. alhamdulillah kalu aku kol umah, umi ngan abah bg nasihat brharga. itulah benda y brnilai dan bley buatkan aku trsenyum spnjg hari...hehe. pesan umi jage hubungan dgn Dia, slalu baca al-quran, solat istikharah dan taubat setiap mlm kalu mmpu n slalu bzikir lam hati kalu xde pape nk wat. sweet...itu y mmbuat aku x brsedih mane wlaupun umi ngan abah xde kt sini. y pasti aku bsyukur kt Dia y mereka masih ade kt Msia mnunggu kpulangan aku.mula2 smpai kt sini agak susah ngan segan tp lama kelamaan dh jmpe balik rentak hidup aku.aku harap aku akn trus kuat dan tak lupakan Dia dalam setiap urusan aku. bukan saja utk diri aku utk org laen jugak. kalu rase lemah y paling utama adalah ingat Dia, pentadbir seluruh alam. Dia sebaik-baik perancang...


5:34 pm, 875 UNB
bak kata Awin "Allah itu dekat : )"

Tuesday, July 28, 2009

teater

insyaAllah dengan namaMu aku menulis

27 july 2009
kuala terengganu
teater menunggu kata dari tuhan

sdh sebulan lebih lgkah dari icpu dan akhirnya ia berakhir.dengan izinNya aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti di kanada namun masa y ada ni lah y menentukan sama ada betul aku akn menjejakkan kaki ke sana. betul la kan sebab semua y trjadi sampai sekarang ni adalah aturanNya. Dia yang menentukan apa yang terjadi..aku bersyukur aku terpilih antara org y agak tenang semasa keputusan diketahui.alhamdulillah.

tapi malangnya cuti ni ibarat satu mimpi yang kelam membuatkan aku sukar nmpak cahaya utk meneruskan perjalanan.aku asyik terjatuh dengan perangkap duniawi dan pilihan keburukan y diilhamkannya untuk aku.namun aku bersyukur sbb stakat ni aku masih lg mencuba untuk bangkit semula. dlam usaha aku utk bangkit aku ditawarkan abgku untuk menghadiri satu teater. Menunggu Kata Dari Tuhan. betul la lirik lgu raihan tu selangkah aku cuba menghampiriNya, seribu langkah Dia menghampiriku.

teater tu menyedarkan aku akan satu hakikat.kita memang akan sentiasa diuji tp diuji akan ape?
aku menemui satu jawapan buat diri aku. diuji akan cintaku terhadap Allah dan RasulNya. ka'ab bin malek berjaya bertahan dengan ujian yang diberi oleh Ilahi. bagaimana pula dengan aku?
adakah aku akn kalah dalam membuktikan 2 kalimah syahadah y dilafazkan dalam setiap solat aku? aku jd kelu..namun btul la kan sbb kalu aku ckp aku akan mencuba dan boleh bertahan mmg senang tp alhamdulillah aku lebih tahu y aku perlu terjemahkan ia dalam perlakuan aku.
aku xleh lg lalai.aku perlu bgn semula.

insyaAllah aku akn bangun semula.aku teringat kata2 seorg kwn. Allah itu dekat :)
"Aku adalah menurut persangkaan hambaKu" (hadis qudsi)

Tuesday, June 2, 2009

the end....????


insyaAllah dengan namaMu aku menulis...

icpu sdh hmpir berakhir..untuk aku katakan sudah berakhir, mcm x kene je sbbnya graduation day blm smpai dan kputusan sama ad bley fly ke tak blm kuar so sbb tu ia belum berakhir..berakhir secara zahirnya

adakah usaha tu terhenti di sini..mcm mana plak ngan solat hajat, persiapan utk ke sana.. ke Canada destinasi terdekat...aku terfikir ujian kesusahan mungkin sdh hmpir masa tamatnya buat sementara...dan ujian kesenangan nmpaknya dah bermula..yup!kesenangan tu satu ujian...ujian yang sangat halus kerana begitu byk masa yang terluang..terisikah masa tu dgn perkara yang berguna.?

terang2 aku katakan yang aku lebih suka ujian kesusahan tu dari ujian kesenangan sbb ujian kesenangan tu boleh membuai kita ke arah yang melalaikan diri. melalaikan diri dari solat, dari niat keranaNya dan juga dari tanggungjawab seorg islam(yang berserah) kepada Ilahi yang Esa...

mungkin cukup setakat ini untuk aku tutup separa buku pembelajaran icpu ni dan meletakkan segalanya padaNya...
kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya

tegur aku andai aku lalai... :)

Wednesday, May 27, 2009

Cinta...?


InsyaAllah dengan lafaz keranaNya aku menulis...

Kadang-kadang terfikir, kenapa apabila remaja hendak diapproach isu cinta yang akan disentuh. Bagaimana pulak dengan isu pegangan diri terhadap yang Satu yang makin lama makin kelam...hanyut dibawa arus duniawi. Adakah berkesan kalau satu-satu masalah tu terjadi, kita hanya menyentuh perkara yang luar tuk dibaiki. Sedangkan apabila Nabi Muhammad datang membetulkan kita, perkara pertama yang disentuh adalah mengenai pegangan bahawa kita semua  adalah makluk Allah yang Satu. Diciptakan untuk beribadah kepadaNya dan dalam beribadah tu menjadi khalifah di muka bumi...memakmurkannya. Seandainya pegangan hidup dah jelas, insyaAllah xdenye masalah couple2 tu sume. Dalam memperjuangkan sesuatu kite kadang2 lupe pada apa yang penting. Kembalilah kepada mentauhidkanNya. 

Sedar atau tak, kite semua dedicated esp tuk pelajar sedang beribadat kepada Dia setiap hari dalam kita belajar dengan niat keranaNya. Everything yang kite buat adalah ibadah andai bersandarkan Dia.  Jangan la merasakan yang kite ni terlalu jauh dari Dia...Dia tu sangat dekat
Allah itu sangat2 dekat  : )

Saturday, May 9, 2009

perihal boikot...

dengan lafaz kerana-Nya aku menulis...insyaAllah

09-05-09
konvensyen berakhirnya agenda zionis
8 a.m - 4 p.m
PWTC

Konvensyen tu dianjurkan oleh PEMBINA dan Aman Palestin...
Menghadiri konvensyen tu mmbuatkan aku terfikir satu perkara
mungkin perkara tu dah lama aku perasan tp x terdetik untuk disampaikan
inilah perihal boikot...

cuba kite fikirkan kmbali..isu boikot hanya akn mnjadi hangat apabila Palestin esp
diserang dgn truk sgt2 tp cmner pulak biler Palestin still ditindas tp secara senyap?
perihal boikot dh x berapa panas...brg2 y menyokong yahudi zionis mula laku kmbali

apa kata kalau kite cube fikirkan...bayangkan kalau la kite mmbeli satu ringgit tu diibaratkan mmbeli satu peluru dan peluru tu mengenai saudara sendiri...sggup ke??

mgkin perdebatannya skarang ni "nk wat cmner, brg diorg je y slalu ade dan best"
dan mungkin jugak "ekonomi skang ni x mmbenarkan kite"
tak ke kite terasa bahawa kite lebih memilih kesenangan sndiri dr nyawa seorang saudara
y di dalam hadis telah dinyatakan bahawa "x sempurna iman seseorg jka x menyayangi saudaranya ie saudara semuslim"
 x terasa jugak ke bahawa apabila kt akhirat nnti bahawa kita akan ditanye ape y dh kite lakukan untuk saudara kite y trtindas kt palestin tu?
adakah cukup rasenye untuk kite katakan bahawa kite mendoakan mereka?
mgkin org akn ckp pulak "dah kalu kite kat negara y menyokong zionis tu mmg la xde brg laen"
boleh x kalau dikatakan y itu adalah hal y brbeza..adakah perlu untuk memikirkan apa y belum trjadi lg sdgkan kite boleh buat sesuatu di Malaysia ni?
jadi wahai saudara2 seakidah ku terutamanya syabab ie pemuda di jalan Allah ni...fikirkanlah ttg prkara ni
Sanggupkah lagi anda lepak dan membeli di Starbuck dan McD y nyata terang mmberi sokongan trhadap zionis...
Jgan trlalu difikirkan prkara ni susah...kalu y dh gune brand @ brg tu je y ade...tu mgkin x dpt dielakkan...tp belilah dgn hati y x rela
org Malaysia ni jugak trlalu pre occupied ngan produk nestle esp milo @ nescafe..
so start taking ur stand
x prlu scara drastik nk buang sume
ingatlah bhw Allah suke prubhan tu walaupun sikit tp berterusan
Dia Maha Pemurah dan ingatlah wahai diri y slalu lupe
Dia itu sntiasa dekat di sisi 
istiqamah dan bermujahadahlah bersama-sama
ingatlah bahawa jika islam itu bersatu...it will prevail :)

insyaAllah aku akan mencuba...tegur ku andai tersalah langkah
aku hanya lah salah seorg hambanya jua

Thursday, March 26, 2009

syirik..?!

di kala aku sedih...
siapakah yang aku cari?


di kala merasa kehilangan...
apa yang dicari?


di kala memerlukan kekuatan...
siapa yang dicari?


alangkah bagusnya dalam setiap perkara yang dilakukan
Engkau yang dicari, Ya Ilahi


"sesungguhnya di dalam badan manusia terdapat seketul daging,
jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhannya
jika buruk daging itu, maka buruklah keseluruhannya
ketahuilah bahawa itu ialah hati"
~riwayat bukhari dan muslim~
~hadith-6 imam nawawi~


kesalahan yang paling besar di sisi Allah ialah
syirik

ape syirik tu?
secara ringkasnya...
ape2 yang menduakan, mentigakan .etc Allah dengan yang lain
percaya akan perkara yang berlaku bukan daripada Allah...


terdapat satu analogi...
ada seorang sahabat yang baik dengan kamu dan seorang lagi tidak
tapi malangnya sahabat yang baik ni dier selalu suka kutuk kat belakang
berbeza ngan sahabat yang tak baik tu yang kalu ader tak betul,
dier akan cakap kat kamu
dalam situasi camni...walaupun sahabat yang baik tu selalu buat baik dengan kamu

siapa yang akan kamu pilih?
a.yang baik
b.yang tak berapa baik

jawapan klisenya mstila yang b. sebab
walau berapa baik pun a. kite dapat tau y dier buat baik tu pun
bukan kerana kita. jadi mestila kite tak terima
mungkin jugak smpai tak puas hati sangat2
same juga ngan Allah.
tak kire berapa baiknya kita..kalu sume baik y kite buat
bukan kerana Allah..agak2 nya diterima tak..?
jadi siapa agaknya yang kite nak kena cari dulu?



.:bermujahadahlah bersama-sama...yang baik tu datang dari Yang Esa
sesungguhnya segalanya milik Dia...


Sunday, February 22, 2009

saudaraku.....?!

hendak menulis tapi bimbang tak kesampaian
namun, hati merasa tak tenang

melihat saudara sendiri makin lama makin jatuh
hati mana tak sedih, namun apakan daya,
itu ujian Ilahi untuknya
mungkin juga ada hikmah di sebaliknya
namun itukah kebenarannya
yang nampak di mata mungkin laen di hati
aku harus juga memandang dari sudut positif
wahai saudaraku...ku pohon padamu
dalam keadaan mana pun kau berada
islam itu jangan sekali kau tolak ke tepi
kau punyai itu
jadi gunalah ia
kita pemuda harapan agama,
janganlah jatuh buat selamanya
bangkitlah......


~~peringatan juga buat diri sendiri : )

Saturday, February 7, 2009

bila Kau menghilang

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila Kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku

Ku mahu Kau tahu
engKaulah, destinasiku
dalam ingatanku

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku ,
ku tunggu ...disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila Kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku

Ku mahu Kau tahu
EngKaulah destinasiku
dalam ingatanku

Dan bila Kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku

Ku mahu Kau tahu
engKaulah destinasiku
dalam ingatanku

~song by Bunkface
~Situasi

cinta vs tuntutan

hai cinta,
engkau memang hebat,
hati yang tahu kebenaran,
boleh terpesong apabila ia,
cinta sesama manusia,
kebenaran walaupun pahit,
terasa sukar untuk ditegakkan,
aku manusia biasa,
punya naluri untuk bercinta,
aku bukan sempurna,
namun sebagai pengingat diri,
hukum akukah itu,
Tidak!
ia hukum Ilahi,
aku juga ingin bercinta,
namun hati ini sedar hakikatnya,
dan hari ini.....,
menjadi peringatan buat diri sendiri,
aku lemah namun aku tahu Kau sentiasa ada,
aku berserah segala kepadaMu,
dilema cintaku, hidupku dan juga matiku...
Insya-Allah aku xkan mengalah,

Monday, February 2, 2009

past and present

aku dulu dan aku sekarang.....

ape agaknye yang boleh disimpulkan?

same atau serupa? yang penting ape yang di dalam hati menjadi ukuran...pengetahuan akan bertambah dengan pengalaman tapi adakah ia datang skali dengan amalan? lu pikir ah sendiri...satu persoalan yang agak sering aku pikir....apakah bezanya kite yang dulu dengan kite yang sekarang yang semakin naik usianya jike iman kat dalam hati tu langsung tak bertambah...aku terkedu...terkedu dengan sikap aku sendiri yang kadang-kadang berpura-pura tidak tahu dan juga dengan sikap diri yang selalu menepis suara hati yang menjadi rahmat dari Ilahi

Hipokritkah aku?...persoalan tu dah cukup untuk melemahkan aku...aku hanyalah insan yang lemah....yang menanti amalannya ditanya oleh Ilahi...namun aku tidak akan berhenti berusaha...

berusaha melakukan perkara yang diredhaiNya

Sunday, February 1, 2009

ini perjuanganku, ini perjuanganmu jua




31 Jan 2009



19:30 pm



suara kemanusiaan Palestin,in front of Amcorp Mall,PJ






menjejakkan kaki di padang tersebut terasa semangat agak luntur.hati cuba menaikkan semangat bahawa ini adalah untuk saudaraku di sana walaupun tidak ramai saudaraku di sini yang melibatkan diri.sebaik sampai kami berjemaah dan disambung dengan solat hajat.sebaik selesai solat sudah kedengaran tayangan video

"isu Palestin bukan hanya untuk rakyat tapi isu seluruh dunia.tanah yang dulu melahirkan banyak para anbiya kini menjadi tempat tumpahnya darah rakyatnya"


hati ini terdetik dan juga terkilan....kenapa bilangan yang datang memberi sokongan tidak ramai?sedangkan ia diadakan di tengah-tengah kota yang dikatakan agak ramai penduduk di Kuala Lumpur.atau adakah kerana mereka tidak tahu....






ketika panel mula dijemput dan juga ketika acara bermula aku mula terfikir berapa banyakkah yang aku tahu tentang Palestin,Al-Quds kerana seorang cikgu pernah berkata walaupun ia adalah mengenai multiracial condition di Malaysia namun ia terkesan di hati aku..."what do you think we should do to conserve our country multiracial society?" and then i said we should care for each other, then she gave me a question, "do you know what Thaipusam is for?" and for that i said no, then she hit me back by saying "if you say that we need to care for each other why doesn't you know this simple knowledge about them.when you said that you care that means you have to know about them"....memang time tu ayat tu sangat terkena kat diri dan rase malu jugak and from then i try to change...


kalau betul aku ambil berat aku patut tahu


dan malam ni jugak ade satu kejadian di mane aku agak sedar aku tidak lantang mane untuk bersuara mengenai ape yang aku rasekan betul dan jugak mengenai ape yang memang betul.
insyaAllah dari sini aku akan cuba ubah.terdapat pepatah arab yang berbunyi "berkatalah benar walau ianya pahit" .


aku akan mencuba


dalam perjalanan balik ade satu peristiwa yang bagi aku agak lucu dan juga agak menyentuh hati. selempang Palestin yang dibeli aku ikatkan di kepala dan aku menaiki ktm dengan keadaan tersebut. aku tak akan menyedari keadaan tersebut jika tidak diberitahu oleh seorang sahabat.ketika aku berdiri mencari tempat duduk terdapat penumpang yang terlopong mulutnya melihat aku, mungkin membayangkan terrorist...ade jugak yang terkejut dan melihat pelik.lucu....agak dirasakan. kecewa.....juga dirasakan.aku kecewa kerana kebanyakan mereka itu muslim tapi sebaik melihat ape yang aku lakukan reaksinya tak seperti diharapkan.mungkin tal elok aku berfikir sebegini. aku merasakan bahawa mereka sepatutnya malu kerana tidak turut ikut serta....tapi mungkin, mereka tidak tahu....