Friday, November 28, 2008

Cntaku takkan pudar

Apabila sejenak memikirkan apakah yang boleh aku buat untuk Allah. Terasa begitu kerdil hati ini tapi Alhamdulillah didatangkan semangat untuk berusaha. Amar makruf nahi munkar ingin ku tegakkan namun hati diri ini tidak dirasakan sempurna lantas mengundang bisikan sang syaitan untuk menghalang diri daripada menegakkan cinta yang hakiki. Ya memang aku lemah tapi lemahku hanya bila aku menjauhkan diriku daripadaMu. Ya memang aku insan yang hina apabila hati ini tidak berdegup keranaMu. Ya aku memang kerdil apabila aku tidak menjadikanMu sebagai sandaranku. InsyaAllah segala kebaikan itu boleh dimulakan satu persatu, ku pujuk hatiku agar tidak hilang rasa keyakinan ku terhadapMu. Sesungguhnya Ya Ilahi, hati ini amat memerlukanMu. Memerlukan kekuatan darimu. Aku sedar segala yang terjadi merupakan aturan dariMu. Ujian yang disediakanMu untuk menapis hamba yang benar-benar setia kepadaMu biarpun seluruh dunia menentangnya. Oleh itu Ya Ilahi akan aku perjuangkan kalimahMu didalam hati ini agar dapat ku singkirkan karat jahiliyyah agar sinar imanMu dapat menembusi hati yang penuh kekotoran ini. Tika aku lemah Kau berilah peringatan kepadaku Ya Ilahi. Tika aku jatuh tersungkur Kau berikanlah aku peluang untuk bangkit kembali. Biarlah segala yang aku lakukan berpaksi kepada Yang Satu. InsyaAllah.

satu nukilan hati :
7.12 a.m
29 nov 2008

Tuesday, November 25, 2008


HUJAN?!


mY Favourite season of the year :D


titisan pertama apabila dier turun akn membuatkan sesetengah org mengeluh namun bagi


yang sedar, Alhamdulillah dikatakan ianya rahmat Allah.Bukankah hujan itu rahmat....hehehe


Bestnyer rase kalu dapat maen air hujan....itulah kurniaan Ilahi yang x pernah putus2


menjengah


Alhamdulillah

Saturday, November 15, 2008

Sultan Muhammad al-Fatih

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)






Sabda Nabi telah menyebabkan ramai yang berusaha untuk membebaskan Constantinople agar diberi pengiktirafan di sisi Allah. Tapi malangnya banyak usaha para sahabat tidak berjaya. Constantinople merupakan sebuah negara yang mempunyai kubu yang teguh yang berjaya mematahkan banyak serangan namun 800 tahun kemudiannya ia telah berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang dikatakan hanya berumur 21 tahun ketika itu. Kubu yang terkukuh yang berjaya mempertahankan Constantinople runtuh akhirnya . Runtuh di bawah tentera pimpinan seorang remaja yang mempunyai kredibiliti yang sangat tinggi.Strategi perangnya tidak dapat dijangka dan dikagumi para pengkaji perang. Namun itu semua takkan terjadi tanpa semangat jihad yang teguh di hati. Betapa dalamnya cinta mereka terhadap ilahi menyebabkan mereka tidak gentar pada sesuatu apa pun kecuali yang Satu itu.

Sultan Muhammad al-fatih merupakan pemimpin tentera ketika itu.Walaupun dalam usia yang muada beliau telah berusaha melaksanakan sabda Nabi dalam membebaskan Constantinople.Sejak kecil beliau telah dididik oleh ulama' termasyhur Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani dan juga Asy-Syeikh Ak Semsettin dan mempelajari begitu banyak ilmu namun ilmu akhirat tidak diketepikan malah menjadi tunjang dalam dirinya.Beliau fasih bercakap dalam banyak bahasa namun peribadinya disanjung tinggi.Beliau merupakan seorang pemimpin yang adil dalam pemerintahannya dan jikalau ada kesilapan yang dilakukannya gurunya pasti akn menegurnya.Ketika Sultan berjumpa dengan guru beliau,beliau yang akan mencium tangan guru beliau bagi menunjukkan tanda hormat.Para ulamak tidak diktepikan dalam pemerintahan beliau malah sering didampingi. Dikatakan ketika menyerang Constantinople beliau seorang sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud yang merupakan salah satu sumber kekuatan umat islam.Sesungguhnya Allah telah berfirman:

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad),Bangunlah (untuk salat) pada malam hari,kecuali sebagian kecil, (Yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu, Sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu)lebih berkesan."
(al-Muzzammil,1-6)

Ketika menyerang Constantinople, tentera islam menghadapi tentangan yang hebat kerana kubu yang mengelilingi kota itu dan juga strategi kerajaan Byzantine meletakkan rantai besi menyekat perjalanan kapal melepasi Tanjung Harapan. Sebalum berperang di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople.Ketika menyerang,tentangan utama tentera islam ketika itu adalah rantai raksasa yang diletakkan di Tanjung Harapan yang menyekat pergerakan tentera islam ketika itu. Demi menaikkan semangat tentera islam Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".Namun setelah banyak cubaan yang dilakukan tentera islam masih gagal untuk maju.Oleh itu al-Fatih mencari jalan lain untuk memastikan kemaraan tenteranya.Beliau menemui satu taktik yang luar biasa iaitu membawa semua kapal menyeberangi bukit untuk melepasi rantai raksasa tersebut.Strategi itu dilaksanakan di malam hari dan alangkah terkejutnya tentera Bizantyne ketika itu apabila sebaik pagi menjelang,kapal tentera islam telah berada Tanjung Harapan.Dalm satu malam tentera islam telah berjaya mengangkut semua kapal menyeberangi bukit yang mempunyai jarak melebihi 3 batu.Betapa tingginya semangat jihad tentera islam ketika itu.Keyakinan mereka akan jaminan syurga bagi para mujahidin tersemat dalam di hati mereka.Daratan telah mereka ubah menjadi lautan.

20 Jamadilawal 857H/29Mei 1453M takbir para mujahidin bergema menembusi kota Constantinople. Constantinople telah berjaya dibuka dan ini menyebabkan penduduk kota takut lalu melarikan diri dan bersembunyi.Pesan Al-Fatih kepada tentera beliau mereka hendaklah bermuaamalah dengan penduduk Constantinople.Gereja Aya Sofia terus ditukarkan Al-Fatih kepada Masjid Aya Sofia dan pembersihan terus dilakukan.Akhirnya azan pertama bergema di Constantinople memecah ketandusan negeri itu. Itulah cerita Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya membebaskan Constantinople dalam usia remajanya.Adakah cerita ini hanya untuk mengisi kekosongan atau adakah ia akan diambil menjadi iktibar bagi dunia remaja kita ini? Wallahua'alam. Sesungguhnya segala yang sempurna itu hanyalah milik Ilahi dan saya akan berusaha memperbaiki diri saya.Wassalamua'laikum.

Saturday, November 8, 2008

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati
Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju
Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi
Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi
Kau yang Maha Satu
Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi
Kau Yang Maha Satu
Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu
Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini
Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu