Saturday, November 15, 2008

Sultan Muhammad al-Fatih

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)






Sabda Nabi telah menyebabkan ramai yang berusaha untuk membebaskan Constantinople agar diberi pengiktirafan di sisi Allah. Tapi malangnya banyak usaha para sahabat tidak berjaya. Constantinople merupakan sebuah negara yang mempunyai kubu yang teguh yang berjaya mematahkan banyak serangan namun 800 tahun kemudiannya ia telah berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang dikatakan hanya berumur 21 tahun ketika itu. Kubu yang terkukuh yang berjaya mempertahankan Constantinople runtuh akhirnya . Runtuh di bawah tentera pimpinan seorang remaja yang mempunyai kredibiliti yang sangat tinggi.Strategi perangnya tidak dapat dijangka dan dikagumi para pengkaji perang. Namun itu semua takkan terjadi tanpa semangat jihad yang teguh di hati. Betapa dalamnya cinta mereka terhadap ilahi menyebabkan mereka tidak gentar pada sesuatu apa pun kecuali yang Satu itu.

Sultan Muhammad al-fatih merupakan pemimpin tentera ketika itu.Walaupun dalam usia yang muada beliau telah berusaha melaksanakan sabda Nabi dalam membebaskan Constantinople.Sejak kecil beliau telah dididik oleh ulama' termasyhur Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani dan juga Asy-Syeikh Ak Semsettin dan mempelajari begitu banyak ilmu namun ilmu akhirat tidak diketepikan malah menjadi tunjang dalam dirinya.Beliau fasih bercakap dalam banyak bahasa namun peribadinya disanjung tinggi.Beliau merupakan seorang pemimpin yang adil dalam pemerintahannya dan jikalau ada kesilapan yang dilakukannya gurunya pasti akn menegurnya.Ketika Sultan berjumpa dengan guru beliau,beliau yang akan mencium tangan guru beliau bagi menunjukkan tanda hormat.Para ulamak tidak diktepikan dalam pemerintahan beliau malah sering didampingi. Dikatakan ketika menyerang Constantinople beliau seorang sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud yang merupakan salah satu sumber kekuatan umat islam.Sesungguhnya Allah telah berfirman:

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad),Bangunlah (untuk salat) pada malam hari,kecuali sebagian kecil, (Yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu, Sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu)lebih berkesan."
(al-Muzzammil,1-6)

Ketika menyerang Constantinople, tentera islam menghadapi tentangan yang hebat kerana kubu yang mengelilingi kota itu dan juga strategi kerajaan Byzantine meletakkan rantai besi menyekat perjalanan kapal melepasi Tanjung Harapan. Sebalum berperang di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople.Ketika menyerang,tentangan utama tentera islam ketika itu adalah rantai raksasa yang diletakkan di Tanjung Harapan yang menyekat pergerakan tentera islam ketika itu. Demi menaikkan semangat tentera islam Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".Namun setelah banyak cubaan yang dilakukan tentera islam masih gagal untuk maju.Oleh itu al-Fatih mencari jalan lain untuk memastikan kemaraan tenteranya.Beliau menemui satu taktik yang luar biasa iaitu membawa semua kapal menyeberangi bukit untuk melepasi rantai raksasa tersebut.Strategi itu dilaksanakan di malam hari dan alangkah terkejutnya tentera Bizantyne ketika itu apabila sebaik pagi menjelang,kapal tentera islam telah berada Tanjung Harapan.Dalm satu malam tentera islam telah berjaya mengangkut semua kapal menyeberangi bukit yang mempunyai jarak melebihi 3 batu.Betapa tingginya semangat jihad tentera islam ketika itu.Keyakinan mereka akan jaminan syurga bagi para mujahidin tersemat dalam di hati mereka.Daratan telah mereka ubah menjadi lautan.

20 Jamadilawal 857H/29Mei 1453M takbir para mujahidin bergema menembusi kota Constantinople. Constantinople telah berjaya dibuka dan ini menyebabkan penduduk kota takut lalu melarikan diri dan bersembunyi.Pesan Al-Fatih kepada tentera beliau mereka hendaklah bermuaamalah dengan penduduk Constantinople.Gereja Aya Sofia terus ditukarkan Al-Fatih kepada Masjid Aya Sofia dan pembersihan terus dilakukan.Akhirnya azan pertama bergema di Constantinople memecah ketandusan negeri itu. Itulah cerita Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya membebaskan Constantinople dalam usia remajanya.Adakah cerita ini hanya untuk mengisi kekosongan atau adakah ia akan diambil menjadi iktibar bagi dunia remaja kita ini? Wallahua'alam. Sesungguhnya segala yang sempurna itu hanyalah milik Ilahi dan saya akan berusaha memperbaiki diri saya.Wassalamua'laikum.

No comments:

Post a Comment